Pages

Subscribe:

Thursday, January 26, 2012

Cuti-cuti Ambo Bhg.2: Ambo dan Family

Assalamualaikum kawan2
Berjumpa lagi kita di bahagian kedua....hehe..almaklum la..xde modal nok crita benda2 lain,
Best tul balik umah...best tul dok umah..ingat lagi mase cuti 4 bulan semester lepas, walaupun jangka masa dok rumah tu lama, tapi tetap top bosan2 jugak dok umah..malas je nak gi jalan2 utk meninggalkan rumah...
hahaha....spesis ape kah ambo ini(jangan jawab yer..)

Nenek(Kalsom) ku bersama cicitnya(Nuqman)
Nenek ambo setakat dah ade cicit nih, kerap jugak singgah ke rumah untuk memandikan cicitnya...hoho..
Dapat releks le omak si Nuqman tu yer..
Yang buat  ambo rase nak gelak, my nenek(aku panggil 'mek') suruh si Nuqman tu panggil dirinya 'Opah'..
Lucu plak rase..banyak pengaruh television ke nih?hihih..
 
Datuk(Jusoh) dan my abah(Sukri)
 Datuk ambo pong lagi la kerap dari nenek singgah di rumah, sbb dia akan datang bila boring duk umah, dan pasti akan datang bila nenek nak gi umah(jd driver nenek la tu)..Yang best,bila dah 2-2 ni datang my mother mesti akan menyediakan air teh o(febret food di waktu petang) utk semua...Terabaiklah..heheh..

Kucing Baru(Black)
 Kucing ni baru je menjadi ahli keluarga kitorang..haha..bulunya agak lebat...dan amat buas...serabut gak kekadang....muke dah macam musang..(kutuk2),dia ni tak suka oreng riba die...rimas kot...die suka tido sekoq2 die atas kerusi...haha..bolok la mung!!.Ha!! tengah aku dok type blog ni pun dio dok tido sekoq2 die atas kerusi...hancuss tengok die tido..tp cute...wiwwiitt..

Yang sentuh dagu tu mak saye(maznah)
 Gambar ini menunjukkan yang mak(aku panggil ming) berada di rumah nenek aka rumah mak su ku. Banyak2 pintu,pintu dapur gak yang menjadi pintu utamanya.Padahal pintu depan tu tersergam indah dan mewah...hehe...mungkin sebab hobi nenek yang suka memasak membuatkan pintu dapur yg menjadi pilihannya..sebb kebanyakan masanya berada di dapur kot..

Ayam di atas simen
Ayam di atas tanah
Ayam bersama anak2 nye (2 ekor)
Hahaha...kenapa gambo ayam nih???xdop gambo lain ka??
sbb ambo rase cm lame dah tak tgk ayam jalan2 bebas nih...kat sarawak susah nak jumpa...
ayam yg bergolek dalam pinggan banyak arr...heheh..
So, ambo pon klik2 la hp ku untuk mengambil ayam2 yg sedang posing(tipuuu!!!)
hehe...itu jer post utk kali ini...kalu ade ambo update lg..orait...
gudbai...ekekeke..



Cuti-cuti Ambo Bhg.1: Kampungku

Walau hanya sebulan,tetapi cuti ambo sangat bermakna..
Ambo suko kampong ambo..hehe
Tok tahu la bakpo, ambo tengok kat fb,ore dok ngepek puah dok dumoh,tok tau nok wak gapo dok dumoh, tapi ambo tok raso pong gitu...ambo meme dok dumoh jah..nok gi derak pong sero saye...
Hahah.. mengalahkan anok daro kah aku??
Xpolah, duk dumoh la tok habis duit dop..
Tp,di malam hari ambo ado agenda sendiri,iaitu berdikir barat dengan woris waroh di rumoh my datuk aka rumah pak su ambo..(sebab ado cukup lengkap audio systemnyo)
tengoh boh rotan gedak anok


Dudok mano2 pong tokleh lari la dikir barat nih,tetap ado di jiwo..walau tok rama hok ado, sekadar cukup alat nga tuke nyanyi sorang jer.

Paling kiri my datok,akim,(2pupu),pije,atas krusi tu anok hok dok rumoh datok sy mulo.
 Atok ambo minat benar dikir barat, kalu dio tido bangun slaluh,cari alat2 hok kosong,nak main jugak,
Nenek ambo plak, pasti tidak menghampakan, sentiasa akan buat air dan jamu biskut kepada yang hadir utk dikir barat. Nenek sy memang suka jamu makan utk tetamu..serius nih!!

Ni tebing sungai kt rumah datok
Dah lama tak round2 tepi sungai kat kampung, walaupun ia menyebabkan sepasang selipar ku tapaknya tercabut(kena gelak nih kat orang,malu +_+), namun best jugak la... tapi nyapuk, perghhh takleh tahan,
banyak macam semut, gatal gile rase, pacat pon tak terkecuali, 

mencari batang kayu yang sesuai


Ini 2pupu ambo,amri
 Sebanarnya, mitorang bukan jalan2 saje, tujuan meninjuau2 di tebing tasik bukanlah untuk madi,tapi ingin mencari beberapa batang kayu untuk di jadikan tiang khemah,maklumlah majlis kenduri dah tak lama..so siap sedia ddengan apa juga kemungkinan..


Sungai ni dah lama dah orang tak mandi, lintah pun banyak,ranting2 kayu pun banyak kat dasar, dan sungai ni dah banyak di liputi rumput..sedih tul

 Hanya sesetengah aje ade tempat2 yang cantik untuk dilihat, sungai ni banyak beri makna bagi orang2 kampung ini, ingat lagi mase kecik2, mase tu ambo masih skolah rendah tak silap, ramai lagi orang kampung yang jadikn sungai ni sebagai tandas,,,hehe,,kelasik dop?

 Sekarang susah dah nak nampak ikan2 bermain2 kat tepi2 sungai nih, mungkin sbb banyak rumput2 yang menutupi permukaan sungai ni..sayang sungguh. Penyebab lain jugak sbb orang suka buat bom ikan(buatan sendiri,JANGAN AMAL!!) untuk mendapatkan ikan, kelakuan ini akan menghapuskan habitan ikan di sekeliling....mintak jauh la...ia juga berbahaya kepada pengebomnya..dah banyak kejadian yang berlaku,

Gini la tiap2 petang di kampung ambo,berkumpul2 dan berbual menceritakn kisah2 terkini...gelak ketawa beramai-ramai sambil di jamu teh O serta roti2 kosong...hehe..ringkas namun bermakna tau..

Banyak lagi kisah-kisah yang mengisi masa sepanjang cuti ku..nanti akan di update lagi di mase hadapan

...Syukran...

Tuesday, January 17, 2012

Kereta Berumput

Pernahkah anda tengok kereta yang di penuhi rumput?
Ha...sekarang bleh la tengok...hehe
Jom tengok...

Keta mahal-mahal bleh plak dia slumber jer wat cam nih

Dengan tuan keta pon wat fesion sama...hoho


haha...lawo la plak

Cam ne nak bawak keta nih?

Keta ini xperlu basuh,tapi hanya kena siram...hehe..cool

Kura-kura berlumut..heheh

Siap bleh wat corak lagi

Van pon turut menjadi mangsa

Itu sahaja santapan hari ini, amacam,terasa nak buat untuk kereta anda jugak ke?di persilakan, mesti anda akan rasa kesegaran faura dan faunanya..hehe..nak lagi best tanam la pokok plak, pokok durian ka,pokok balak ka..mesti nampak lagi awesome...hehe

Sunday, January 15, 2012

Hari Yang Menguji Kesabaran

Subahanallah..Alhamdulillah....Allahhuakbar...

Sabar itu separuh daripada iman...pepatah ini je lah yg buleh aku ucapkan,
Sabor jerlah!

Nak di jadikan cerita, dari pada hati yang berbunga-bunga (sebab semangat nak balik) telah berubah serta merta menjadi layu dan membara..Grrrr... >:[

ni marah betul ni,bukan main-main
Kenapa emosi ini bertukar-tukar dalam mase beberapa ketika? seperti lampu 
'liklak-liklak hari raya'

Hari ni bertarikh 15/1/2012 tarikh aku balik cuti semester. Nak balik wajib naik flight dan aku beli la flight dari AirAsia(murah). So,nak di jadikan cerita,aku sampai dalam 50 minit sebelum flight 
AK5270 (ambek ko,dengan nama flight aku sebut) berlepas dari sarawak, so aku memang tak penah buat web check-in,hanya pernah wat check-in kat mesin jer..kat kaunter tak payah, dah kaya, tapi kena byr RM10..bengong ke ape.

So bile sampai jer aku terus ke mechine check-in tu,tekan2 xleh,abang airasia dok sbelah cakap,
'Adik,kalau masa dah kurang dari sejam kena check-in kat kaunter,tapi kena bayar rm10'.
Berkerut dahi den memikirkannya..duit dah la xde..  ~_~

Nampak tak dahi dok berkerut?Huh!!
So,aku senyum je lah(aku kan suke senyum),maka pegi la cepat2 ke kaunter untuk
'memeriksa kedalam'(Check-in la tu), Bagi ic/bagi yg aku print tu, abang kaunter dok belek2,checking2, pastu tanya kawan die lam bahasa sarawak
(aku masih susah nak paham orag sarawak berkata2)
blur kejap..yang aku paham 'sik'(tidak) jer...huuiihh..

Keliru pakcik..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pastu mula lah dialog aku ngan abang tu:
abang kaunter:'Adik, kaunter flight ni sudah tutup,xdpt nak check in sudah. 
ambo: uit!!saya tak checkin lagi,mane bleh dah tutup.

abang kaunter: office dah tutup dah,sy xdpt buat apa-apa.
ambo: tu abang tengah buat ape tu?kata xleh buat ape2?(ini dialog rekaan)
abang kaunter: xbleh, orang office dah tutup.
ambo: tp,flight tak terbang lagi,kenapa sy xbleh checkin plak?
abang kaunter: dah tutup(sambil hulur ic dan kertas).cam ni,adik gi kaunter sana,tanya ada lagi tak tiket lain.
ambo: hm...takpelah terima kasih(langsung xikhlas ucapan ni.)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
maka ambo gi kat kaunter beli tiket plak,beratur punye lah lama,tak gerak2,padahal 2 orang jer,tu pun datang skali.lepas tunggu lama giler,sorang pakcik datang(geng diorg jugak),aku mengeluh..'hui..lamanya..'.
pakcik tu berkata-kata.'Patut adik tunggu Queue sebelah sana,sebab kitorang ni tempah group,ramai..mesti lama.Perghh!!patut la..pehal akak depan ni tak bagi tau,tak tau ke aku tengah kalut nih?(memang tak tau,sbb muka aku slumber dan cool,pastu tak bg tau lagi,kompem la tak tau..wooo...
pastu aku pun beratur la sebelah sana plak dengan perasaan yang bengang dan bengong..

Gambaran dalam hati nih.

Bile sampai giliran aku,maka bertanyalah aku:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ambo: ade lagi tak flight untuk hari ni?
akak kaunter: ade lagi.
ambo: kul berapa ada ek?
akak kaunter: kul 3 ader, kul 4 lebih pun ader...
ambo: kalau kul 4 sepat tak dengan flight sy kl-kl kul 7 lbih nih?(tunjuk kertas tiket flight)
akak kaunter: tak sempat ni dek.
ambo: emmm...ok lah kul 3 lah..berapa ringgit ek?eh,berapa ratus yer?
akak kaunter: semuanya rm311.
ambo: what!!? mahal derr...bayar gune kat kredit bleh?
akak kaunter: xdapat la dik,kami terima wang cash sahaja...
ambo: camne la sy nak cekau duit.?..emm..xpelah...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sedih tahap gaban je rase
Duduk jap kat tepi sambil mengenangkan nasib..aduih..pastu turun gi mcD(utk pow line wifi) maka aku pun bukak la web airasia utk membuat pembelian baru(guna online bleh gune kad kredit) , nak beli yang kul 3, eh? cis...tempahan online hanya buleh utk 4 jam sebelum jer...perghh masak gua nih...
Tepon la boss aku jap bincang2(kena membebel jugak tuh), maka dengan persetujuan dari MT-MT serta bendahari agong, maka aku kena terpaksa menghabiskan duit boss kau utk membeli semula semua tiket balik(100% burn duit) dari Kch-KL dan dr KL-KB ( berlagak taknak naik bas dari KL-Kb tu puihh!!)
maka sudah beli..bukan beli jer,siap buat web check-in lagi tuh(first time nih)

beberapa ketika, orait,smapai mase aku perlu masuk ke tempat menunggu..jalan dengan gayanya,sampai pintu gerbang.akak airasia panggil aku(eh,bile plak akak ni kenal aku?nak berkenalan kot..hhu)
'Barang yang adik bawak nih dah lebih kuota, bag pikul ngan satu bag kat tangan jer',kata akak tersebut.
Perghhh.....tension derrr....nak tambah laggage dah tak dpt,sbb dah checkin,xleh nak edit dah, kat kaunter 15kg kena bayar rm45.bukak dompet,'What!!? ade rm37.55 jer??!!! arghh..masak2 nih...Dok pusing2 jap kat ruang legar..hmm...Tetibe terlintas difikiran,ade dak junior nak datang airport kul 5ptg..tunggu jap.

memang sedih bila menunggu

Ok,sampai pun diorang, ingat nak tumpang laggage,diorang pun kena bayar lebih untuk laggage..aduyai..camni lah..'Bro gua pinjam duit lagi rm15 bleh?nak bayar laggage,ni jer duit gua ader'(cewah,tipu jer caya cakap nih,sy sopan santun tau)
Junior tu berkata 'pastu ko nak makan ape?cm ni lah,aku bg pinjam rm50.ok?'
'Ok sangat dah tu,sem depan aku baya k,tq2'!



Maka dapat la aku drop bagasi dan berjaya sampai di lcct,skang aku perlu menunggu mase utk berlepas pagi esok plak,terpaksa beli tiket pagi besok,sbb last tiket yg ade hari ni berlepas kul 7.40pm,sedangkan flight aku sampai ke kl kul 7.50pm..kena la bermalam dulu..
~Tiada berteman,ku seorg di lcct ini~





oh Air asia,ko dah menyusahkan aku..

Ops!!pekerja airasia ade kat belakang aku,die nampak ke?hehe

update di: depan KFC luar LCCT




Sunday, January 8, 2012

Hari-hari Sebelum First paper

Ye..hari- hari sebelum first paper...
Tajuk post ini menunjukkan aku belum lagi bertempur dengan sebarang kertas final exam pada 8/1/2012.
Orang lain dah tunggang terbalik dah menjawab, aku plak doh masih tengah ready senjata2 untuk ke medan tempur....heheh...

Orang kata(selalu lah doh dengar orang kata)

 "Penantian Satu Penyiksaan"

 Betul tu,bukan tentang loving2 jer..menunggu nak exam pun siksa jugak derr..
dub dap dup dap lain macam jer rase...

 Study xde la sangat,sebab aku ni speasis malas yang amat sangat, tapi alhamdulillah..
sebab terbuka jugak buku untuk aku baca...ohho..

 Aku tak suka study 24 jam, macam setengah2 member dok update kt FB
"Nak study sampai lebam"
tak mungkin ini berlaku kat aku selagi aku belum beribadah sampai lebam(benda susah nak terjadi..huh!)

Ok, setiap petang aku pasti rase boring,dan setiap petang jugaklah aku akan melawat Tasik UNIMAS..
Bukan nak hilangkan stress(sebab aku mane stress,study pun tidak) tapi aku saja nak menyegarkan diri dengan tiupan angin petang, memang indah+ meriah suasana kat jambatan nih..meriah dengan student2 yang bergelak ketawa..aku suka itu...hohoh..

Suasana dari jeti Jambatan Cinta UNIMAS
 Ramai yang hadir dengan berbekalkan makan(mcm berkelah) tapi separuh makanan tu adalah 
rezeki untuk ikan..best je jadi ikan,aku nak makan nasi pon mencari duit syiling....hehe..Nasib ko la tu ikan..

Selipar yang menjadi tatapan umum
 Entah selipar sape yang aku ambek nih..saje jer nak try application baru gune camera 
Samsung Galaxy Mini aku ni (app Camera 360)..ok tak pewarnaannya?
aku guna Retro punye effect..hehe

Ini bukan cobaan, ini betul-betul(Gambar real nih!!)
 Yelah..bertarikhkan hari ini,8/1/2012, maka aku dah mula study betul2 dari awal pagi(9am,awal ke tu?)
dengan menkaji segala ciri soklan dan jawapan untuk di bawa ke pentas peperangan besok.
Terasa subjek ini agak membunuh dengan hanya bekalan nota2 yang di tulis dengan 
mode 'malas' sepanjang semester..erghhh...

Inilah peluru yang akan di bawa besok
Esok, harap-harap tak hujan dalam jam 1.20pm-5pm..sbb medan peperangan besok di adakan kat 
kampus timur, kena naik bas awal-awal.

Kalo hujan,kuyup la pakcik masuk dewan,hoho..bimbang basah plak 'toyol' nanti..hehe

Maka bermulalah besok First Exam ambo.
---Signal & System----
---9/1/2012---
---2pm-5pm---
---DK6,Kampus Timur---

Harap walaupun tak dpt di banggakan, namun tidak menghampakan.

P/S: Rakan2, doakan kejayaan ku menjawab exam besok..kahkah...