Pages

Subscribe:

Sunday, February 5, 2012

Himpunan Ilmu

ASSALAMUALAIKUM

Kali ini ambo nok kongsi pelbagai ilmu dan soal jawab sy ambo ambik dari FB



Semoga dapat kita amalkan bersama...
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1. IKHLAS NIAT

... 2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

3. MENJAUHI MAKSIAT

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH

6. MENJAGA KEHORMATAN

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA

8. MENGHORMATI GURU

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ

..ape maksud atau tafsiran "Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim" ye?. ramai duk sebar benda ni kot wall,

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Ya Allah..selamatkanlah penghulu kami Nabi Muhammad saw dan atas keluarganya dan berkatilah dan sejahterakanlah dia..
...
~
..ape betul jika perempuan memberi salam kepada lelaki hukumnya haram?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) berlaku khilaf pd masalah ini...stghnya mengatakan haram manakala setengahnya tidak..

~
..ustaz penah bagitau yg wanita soleh tidak di galakkan berkahwin dan haram berkahwin dengan lelaki yang tidak menjaga solatnya atau tidak soleh...
..apakah hukumnya jika wanita tersebut ingin juga menikahinya dengan niat ingin membawa lelaki tersebut ke jalan yang benar?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bukan tak sah nikah tapi tidak elok kerana suami adalah ketua keluarga..mcmana nak pimpin keluarga kalau amanah..tidak takut neraka Allah..tidak bolih di percayai
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah Hukum Jika KIta Membanggakan ZODIAK?
syirik..sbb didalamnya mnyatakn nasib ses0rg sme ada baik@buruk
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam suatu riwayat, Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.

Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawa...
t ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.

Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.

Malaikat Izrail A.S pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
 Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak me...ngetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
salam ustaz..nk tanya pasal solat,betul ke kalu org perempuan yg tggal solat kerana haid perlu qada solatnye...harap ustaz bg kepastian...
wsalam..tak wajib qadha solat sebab haidh tetapi jika masa datang hadih dia belum tunaikan solat, solat tersebut wajib diqadha selepas suci dari haidh..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
salam ustaz saye ingin bertanya bahawe haram ke tidak kite memasuki/menonton rancangan 1,000,000 money drop yg diadakan di astro ria baru2 ini
Hukum Permainan Money Drop Di Astro Ria

astro bagi 1juta= hadiah
hadiah= milik peserta (tak boleh mintak balik)
rm1juta milik peserta = kekal
sni xjadi haram lagi.

rm1juta ditaruhkan=judi
salah jawab= kalah taruh
duit rm1juta yg taruh td dah start rugi
kan nmpak haram die kat mne...

ni konsep judi,cuma dimanipulate supaya xnampak..hati2 umat nabi muhammad SAW..skrg byk bnda hidden yg bleh rosak kan kite kalau xhati2yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas.

yang berada di antara halal dan haram itu adalah syubhah(tak pasti halal or haram).Eloklah kita menjauhi perkara syubhah kerana dikhuatiri kita akan terjebak ke dalam yang haram. waAllahu a'lam
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   
Allahhua'lam

Thursday, January 26, 2012

Cuti-cuti Ambo Bhg.2: Ambo dan Family

Assalamualaikum kawan2
Berjumpa lagi kita di bahagian kedua....hehe..almaklum la..xde modal nok crita benda2 lain,
Best tul balik umah...best tul dok umah..ingat lagi mase cuti 4 bulan semester lepas, walaupun jangka masa dok rumah tu lama, tapi tetap top bosan2 jugak dok umah..malas je nak gi jalan2 utk meninggalkan rumah...
hahaha....spesis ape kah ambo ini(jangan jawab yer..)

Nenek(Kalsom) ku bersama cicitnya(Nuqman)
Nenek ambo setakat dah ade cicit nih, kerap jugak singgah ke rumah untuk memandikan cicitnya...hoho..
Dapat releks le omak si Nuqman tu yer..
Yang buat  ambo rase nak gelak, my nenek(aku panggil 'mek') suruh si Nuqman tu panggil dirinya 'Opah'..
Lucu plak rase..banyak pengaruh television ke nih?hihih..
 
Datuk(Jusoh) dan my abah(Sukri)
 Datuk ambo pong lagi la kerap dari nenek singgah di rumah, sbb dia akan datang bila boring duk umah, dan pasti akan datang bila nenek nak gi umah(jd driver nenek la tu)..Yang best,bila dah 2-2 ni datang my mother mesti akan menyediakan air teh o(febret food di waktu petang) utk semua...Terabaiklah..heheh..

Kucing Baru(Black)
 Kucing ni baru je menjadi ahli keluarga kitorang..haha..bulunya agak lebat...dan amat buas...serabut gak kekadang....muke dah macam musang..(kutuk2),dia ni tak suka oreng riba die...rimas kot...die suka tido sekoq2 die atas kerusi...haha..bolok la mung!!.Ha!! tengah aku dok type blog ni pun dio dok tido sekoq2 die atas kerusi...hancuss tengok die tido..tp cute...wiwwiitt..

Yang sentuh dagu tu mak saye(maznah)
 Gambar ini menunjukkan yang mak(aku panggil ming) berada di rumah nenek aka rumah mak su ku. Banyak2 pintu,pintu dapur gak yang menjadi pintu utamanya.Padahal pintu depan tu tersergam indah dan mewah...hehe...mungkin sebab hobi nenek yang suka memasak membuatkan pintu dapur yg menjadi pilihannya..sebb kebanyakan masanya berada di dapur kot..

Ayam di atas simen
Ayam di atas tanah
Ayam bersama anak2 nye (2 ekor)
Hahaha...kenapa gambo ayam nih???xdop gambo lain ka??
sbb ambo rase cm lame dah tak tgk ayam jalan2 bebas nih...kat sarawak susah nak jumpa...
ayam yg bergolek dalam pinggan banyak arr...heheh..
So, ambo pon klik2 la hp ku untuk mengambil ayam2 yg sedang posing(tipuuu!!!)
hehe...itu jer post utk kali ini...kalu ade ambo update lg..orait...
gudbai...ekekeke..



Cuti-cuti Ambo Bhg.1: Kampungku

Walau hanya sebulan,tetapi cuti ambo sangat bermakna..
Ambo suko kampong ambo..hehe
Tok tahu la bakpo, ambo tengok kat fb,ore dok ngepek puah dok dumoh,tok tau nok wak gapo dok dumoh, tapi ambo tok raso pong gitu...ambo meme dok dumoh jah..nok gi derak pong sero saye...
Hahah.. mengalahkan anok daro kah aku??
Xpolah, duk dumoh la tok habis duit dop..
Tp,di malam hari ambo ado agenda sendiri,iaitu berdikir barat dengan woris waroh di rumoh my datuk aka rumah pak su ambo..(sebab ado cukup lengkap audio systemnyo)
tengoh boh rotan gedak anok


Dudok mano2 pong tokleh lari la dikir barat nih,tetap ado di jiwo..walau tok rama hok ado, sekadar cukup alat nga tuke nyanyi sorang jer.

Paling kiri my datok,akim,(2pupu),pije,atas krusi tu anok hok dok rumoh datok sy mulo.
 Atok ambo minat benar dikir barat, kalu dio tido bangun slaluh,cari alat2 hok kosong,nak main jugak,
Nenek ambo plak, pasti tidak menghampakan, sentiasa akan buat air dan jamu biskut kepada yang hadir utk dikir barat. Nenek sy memang suka jamu makan utk tetamu..serius nih!!

Ni tebing sungai kt rumah datok
Dah lama tak round2 tepi sungai kat kampung, walaupun ia menyebabkan sepasang selipar ku tapaknya tercabut(kena gelak nih kat orang,malu +_+), namun best jugak la... tapi nyapuk, perghhh takleh tahan,
banyak macam semut, gatal gile rase, pacat pon tak terkecuali, 

mencari batang kayu yang sesuai


Ini 2pupu ambo,amri
 Sebanarnya, mitorang bukan jalan2 saje, tujuan meninjuau2 di tebing tasik bukanlah untuk madi,tapi ingin mencari beberapa batang kayu untuk di jadikan tiang khemah,maklumlah majlis kenduri dah tak lama..so siap sedia ddengan apa juga kemungkinan..


Sungai ni dah lama dah orang tak mandi, lintah pun banyak,ranting2 kayu pun banyak kat dasar, dan sungai ni dah banyak di liputi rumput..sedih tul

 Hanya sesetengah aje ade tempat2 yang cantik untuk dilihat, sungai ni banyak beri makna bagi orang2 kampung ini, ingat lagi mase kecik2, mase tu ambo masih skolah rendah tak silap, ramai lagi orang kampung yang jadikn sungai ni sebagai tandas,,,hehe,,kelasik dop?

 Sekarang susah dah nak nampak ikan2 bermain2 kat tepi2 sungai nih, mungkin sbb banyak rumput2 yang menutupi permukaan sungai ni..sayang sungguh. Penyebab lain jugak sbb orang suka buat bom ikan(buatan sendiri,JANGAN AMAL!!) untuk mendapatkan ikan, kelakuan ini akan menghapuskan habitan ikan di sekeliling....mintak jauh la...ia juga berbahaya kepada pengebomnya..dah banyak kejadian yang berlaku,

Gini la tiap2 petang di kampung ambo,berkumpul2 dan berbual menceritakn kisah2 terkini...gelak ketawa beramai-ramai sambil di jamu teh O serta roti2 kosong...hehe..ringkas namun bermakna tau..

Banyak lagi kisah-kisah yang mengisi masa sepanjang cuti ku..nanti akan di update lagi di mase hadapan

...Syukran...

Tuesday, January 17, 2012

Kereta Berumput

Pernahkah anda tengok kereta yang di penuhi rumput?
Ha...sekarang bleh la tengok...hehe
Jom tengok...

Keta mahal-mahal bleh plak dia slumber jer wat cam nih

Dengan tuan keta pon wat fesion sama...hoho


haha...lawo la plak

Cam ne nak bawak keta nih?

Keta ini xperlu basuh,tapi hanya kena siram...hehe..cool

Kura-kura berlumut..heheh

Siap bleh wat corak lagi

Van pon turut menjadi mangsa

Itu sahaja santapan hari ini, amacam,terasa nak buat untuk kereta anda jugak ke?di persilakan, mesti anda akan rasa kesegaran faura dan faunanya..hehe..nak lagi best tanam la pokok plak, pokok durian ka,pokok balak ka..mesti nampak lagi awesome...hehe

Sunday, January 15, 2012

Hari Yang Menguji Kesabaran

Subahanallah..Alhamdulillah....Allahhuakbar...

Sabar itu separuh daripada iman...pepatah ini je lah yg buleh aku ucapkan,
Sabor jerlah!

Nak di jadikan cerita, dari pada hati yang berbunga-bunga (sebab semangat nak balik) telah berubah serta merta menjadi layu dan membara..Grrrr... >:[

ni marah betul ni,bukan main-main
Kenapa emosi ini bertukar-tukar dalam mase beberapa ketika? seperti lampu 
'liklak-liklak hari raya'

Hari ni bertarikh 15/1/2012 tarikh aku balik cuti semester. Nak balik wajib naik flight dan aku beli la flight dari AirAsia(murah). So,nak di jadikan cerita,aku sampai dalam 50 minit sebelum flight 
AK5270 (ambek ko,dengan nama flight aku sebut) berlepas dari sarawak, so aku memang tak penah buat web check-in,hanya pernah wat check-in kat mesin jer..kat kaunter tak payah, dah kaya, tapi kena byr RM10..bengong ke ape.

So bile sampai jer aku terus ke mechine check-in tu,tekan2 xleh,abang airasia dok sbelah cakap,
'Adik,kalau masa dah kurang dari sejam kena check-in kat kaunter,tapi kena bayar rm10'.
Berkerut dahi den memikirkannya..duit dah la xde..  ~_~

Nampak tak dahi dok berkerut?Huh!!
So,aku senyum je lah(aku kan suke senyum),maka pegi la cepat2 ke kaunter untuk
'memeriksa kedalam'(Check-in la tu), Bagi ic/bagi yg aku print tu, abang kaunter dok belek2,checking2, pastu tanya kawan die lam bahasa sarawak
(aku masih susah nak paham orag sarawak berkata2)
blur kejap..yang aku paham 'sik'(tidak) jer...huuiihh..

Keliru pakcik..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pastu mula lah dialog aku ngan abang tu:
abang kaunter:'Adik, kaunter flight ni sudah tutup,xdpt nak check in sudah. 
ambo: uit!!saya tak checkin lagi,mane bleh dah tutup.

abang kaunter: office dah tutup dah,sy xdpt buat apa-apa.
ambo: tu abang tengah buat ape tu?kata xleh buat ape2?(ini dialog rekaan)
abang kaunter: xbleh, orang office dah tutup.
ambo: tp,flight tak terbang lagi,kenapa sy xbleh checkin plak?
abang kaunter: dah tutup(sambil hulur ic dan kertas).cam ni,adik gi kaunter sana,tanya ada lagi tak tiket lain.
ambo: hm...takpelah terima kasih(langsung xikhlas ucapan ni.)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
maka ambo gi kat kaunter beli tiket plak,beratur punye lah lama,tak gerak2,padahal 2 orang jer,tu pun datang skali.lepas tunggu lama giler,sorang pakcik datang(geng diorg jugak),aku mengeluh..'hui..lamanya..'.
pakcik tu berkata-kata.'Patut adik tunggu Queue sebelah sana,sebab kitorang ni tempah group,ramai..mesti lama.Perghh!!patut la..pehal akak depan ni tak bagi tau,tak tau ke aku tengah kalut nih?(memang tak tau,sbb muka aku slumber dan cool,pastu tak bg tau lagi,kompem la tak tau..wooo...
pastu aku pun beratur la sebelah sana plak dengan perasaan yang bengang dan bengong..

Gambaran dalam hati nih.

Bile sampai giliran aku,maka bertanyalah aku:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ambo: ade lagi tak flight untuk hari ni?
akak kaunter: ade lagi.
ambo: kul berapa ada ek?
akak kaunter: kul 3 ader, kul 4 lebih pun ader...
ambo: kalau kul 4 sepat tak dengan flight sy kl-kl kul 7 lbih nih?(tunjuk kertas tiket flight)
akak kaunter: tak sempat ni dek.
ambo: emmm...ok lah kul 3 lah..berapa ringgit ek?eh,berapa ratus yer?
akak kaunter: semuanya rm311.
ambo: what!!? mahal derr...bayar gune kat kredit bleh?
akak kaunter: xdapat la dik,kami terima wang cash sahaja...
ambo: camne la sy nak cekau duit.?..emm..xpelah...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sedih tahap gaban je rase
Duduk jap kat tepi sambil mengenangkan nasib..aduih..pastu turun gi mcD(utk pow line wifi) maka aku pun bukak la web airasia utk membuat pembelian baru(guna online bleh gune kad kredit) , nak beli yang kul 3, eh? cis...tempahan online hanya buleh utk 4 jam sebelum jer...perghh masak gua nih...
Tepon la boss aku jap bincang2(kena membebel jugak tuh), maka dengan persetujuan dari MT-MT serta bendahari agong, maka aku kena terpaksa menghabiskan duit boss kau utk membeli semula semua tiket balik(100% burn duit) dari Kch-KL dan dr KL-KB ( berlagak taknak naik bas dari KL-Kb tu puihh!!)
maka sudah beli..bukan beli jer,siap buat web check-in lagi tuh(first time nih)

beberapa ketika, orait,smapai mase aku perlu masuk ke tempat menunggu..jalan dengan gayanya,sampai pintu gerbang.akak airasia panggil aku(eh,bile plak akak ni kenal aku?nak berkenalan kot..hhu)
'Barang yang adik bawak nih dah lebih kuota, bag pikul ngan satu bag kat tangan jer',kata akak tersebut.
Perghhh.....tension derrr....nak tambah laggage dah tak dpt,sbb dah checkin,xleh nak edit dah, kat kaunter 15kg kena bayar rm45.bukak dompet,'What!!? ade rm37.55 jer??!!! arghh..masak2 nih...Dok pusing2 jap kat ruang legar..hmm...Tetibe terlintas difikiran,ade dak junior nak datang airport kul 5ptg..tunggu jap.

memang sedih bila menunggu

Ok,sampai pun diorang, ingat nak tumpang laggage,diorang pun kena bayar lebih untuk laggage..aduyai..camni lah..'Bro gua pinjam duit lagi rm15 bleh?nak bayar laggage,ni jer duit gua ader'(cewah,tipu jer caya cakap nih,sy sopan santun tau)
Junior tu berkata 'pastu ko nak makan ape?cm ni lah,aku bg pinjam rm50.ok?'
'Ok sangat dah tu,sem depan aku baya k,tq2'!



Maka dapat la aku drop bagasi dan berjaya sampai di lcct,skang aku perlu menunggu mase utk berlepas pagi esok plak,terpaksa beli tiket pagi besok,sbb last tiket yg ade hari ni berlepas kul 7.40pm,sedangkan flight aku sampai ke kl kul 7.50pm..kena la bermalam dulu..
~Tiada berteman,ku seorg di lcct ini~





oh Air asia,ko dah menyusahkan aku..

Ops!!pekerja airasia ade kat belakang aku,die nampak ke?hehe

update di: depan KFC luar LCCT