ASSALAMUALAIKUM
Kali ini ambo nok kongsi pelbagai ilmu dan soal jawab sy ambo ambik dari FB
Semoga dapat kita amalkan bersama...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ADAB-ADAB MENUNTUT
ILMU
1. IKHLAS NIAT
...
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
3. MENJAUHI MAKSIAT
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
6. MENJAGA KEHORMATAN
7. DOA DAN KEREDHAAN
IBUBAPA
8. MENGHORMATI GURU
9. BERAMAL DENGAN
SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل
مُحمَّــــــــدْ
..ape maksud atau tafsiran "Allahumma solia'la
saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim" ye?. ramai
duk sebar benda ni kot wall,
-Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Ya Allah..selamatkanlah penghulu kami Nabi Muhammad saw dan atas
keluarganya dan berkatilah dan sejahterakanlah dia..
...
~
..ape betul jika perempuan memberi salam kepada lelaki hukumnya
haram?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) berlaku khilaf pd
masalah ini...stghnya mengatakan haram manakala setengahnya tidak..
~
..ustaz penah bagitau yg wanita soleh tidak di galakkan berkahwin
dan haram berkahwin dengan lelaki yang tidak menjaga solatnya atau
tidak soleh...
..apakah hukumnya jika wanita tersebut ingin juga
menikahinya dengan niat ingin membawa lelaki tersebut ke jalan yang
benar?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bukan tak sah nikah tapi
tidak elok kerana suami adalah ketua keluarga..mcmana nak pimpin
keluarga kalau amanah..tidak takut neraka Allah..tidak bolih di percayai
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apakah Hukum Jika
KIta Membanggakan ZODIAK?
syirik..sbb didalamnya
mnyatakn nasib ses0rg sme ada baik@buruk
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam suatu riwayat,
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail,
Israfil dan Izrail A.S, telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril
A.S. : Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu
tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.
Berkata pula Mikail A.S. : Mereka yang berselawa... t ke
atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.
Berkata pula Israfil A.S. : Mereka yang berselawat kepadamu akan aku
sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T mengampuni orang itu.
Malaikat Izrail A.S pula
berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para
nabi-nabi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan terakhir
Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)
Ketika
Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah
tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan
khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah
terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak me...ngetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh
itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti
kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan
Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana
kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih
sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat
lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa
kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang
akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan
Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya
Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada
hamba-hamba-Mu."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
salam ustaz..nk tanya
pasal solat,betul ke kalu org perempuan yg tggal solat kerana haid
perlu qada solatnye...harap ustaz bg kepastian...
wsalam..tak wajib qadha solat
sebab haidh tetapi jika masa datang hadih dia belum tunaikan solat,
solat tersebut wajib diqadha selepas suci dari haidh..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
salam ustaz saye
ingin bertanya bahawe haram ke tidak kite memasuki/menonton rancangan
1,000,000 money drop yg diadakan di astro ria baru2 ini
Hukum Permainan Money Drop Di
Astro Ria
astro bagi 1juta= hadiah
hadiah= milik peserta
(tak boleh mintak balik)
rm1juta milik peserta = kekal
sni xjadi
haram lagi.
rm1juta ditaruhkan=judi
salah jawab= kalah
taruh
duit rm1juta yg taruh td dah start rugi
kan nmpak haram
die kat mne...
ni konsep judi,cuma dimanipulate supaya
xnampak..hati2 umat nabi muhammad SAW..skrg byk bnda hidden yg bleh
rosak kan kite kalau xhati2yang halal itu jelas dan yang haram juga
jelas.
yang berada di antara halal dan haram itu adalah
syubhah(tak pasti halal or haram).Eloklah kita menjauhi perkara syubhah
kerana dikhuatiri kita akan terjebak ke dalam yang haram. waAllahu a'lam
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allahhua'lam
0 komen:
Post a Comment