Pages

Subscribe:

Sunday, January 1, 2012

Hukum 'HARUS' sambut tahun baru jika....

Sempeno tahun baru masehi nih,ambo terbaco di laman blog orang tentang hukum serta hujah pasal menyambut tahun baru masehi nih.meh samo2 kito baco dan renungkan...
soal jawab seseorang dengan Ust.Zainuddin


 


Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?
Jawapan 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat. 
 
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-


* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
 
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
 
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
 
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
Sekian
Ust Zaharuddin 

Saturday, December 31, 2011

.:: Muhammad Nuqman(update) ::.

Yeahh!! Kali ini hatiku berbunga-bunga untuk meng'update'kan blog ini..
Bakpo dan kenapo? it because kerana interface Blog ku yang makin menawan, dan kerana ada plak insan menawan yang hadir di dalam hidup dan di dalam dunia ini.

Bukan Gewe atau kekasih yang ambo maksudkan.
Tetapi ia adalah anak sedara ku yang pertama... Wihhii!!!! ^_^ Gumbira derr
sekarang aku menjadi Pak Sedara eh bukan Abang Saudara derr..heheh

Haa..itulah tujuan ku menulisnya...dan tajuk post ni adalah nama anak saudara ku itu..
Tapi belum rezeki lagi aku nak jumpe baby yang cumel itu..maklum la,abang sedara diakan dok jauh..
pasti dia tak sabo menunggu untuk berjumpa dengan Abang Saudara die..yoo..

Haa...inilah gambar pertama yang ambo dapat, ramai hok mms,adik, kakok dan my father. 
Tengok tu, mace tau2 jer gambar dia di ambil utk di hantarkan kat Abe Saudara die..
It's Me!!! >_< 

Ha..ini gambar ke-2 yang ambo dapat, mancung dan cumel jer muke die..macam Abang Saudara dio jugop..heheh...
(Abang Saudara dio meme pandai bergurau) 

Alalaa~ comang nyo dio tidor..mace Abang Saudaro dio jugop...haha...
Tapi kalu doh besar,mesti dio lagi semak ni (Terasa diri tergugat ~_~)
Akan tetapi, lepas beberapa hari aku mendapat berita yang agak membuat hati ini sebak,
Baby Nuqman Basyir telah di masukkan ke hospital akibat penyakit kuning,
Kate mak ambo "Berap jugop kuning dio,berapo doh tok ingak, tapi tinggi la"
Oloh,syiannyo terhadap beliau yer..

Inilah keadaan adik Nuqman ketika terpaksa di tinggalkan di Hospita Besar Tanah Merah untuk rawatan. My sis royak,nok masuk dale bilik ni keno pakai cermin mata khas untuk elak mata kita buta.
Ganah jugop napok,mace Cyclop pong ade...Bleh sayo nok dok dale ni jugop? Sebab napok hebat!

Ni plok gambar beberapa hari,tapi masih di hospital,napok lagi kekuning kuningan, kesyiam ko anok sdaro ambo dih.. 

Dan di bawah ini adalah gambar terakhir seorang insan,tapi buke gambar baby Nuqman deh, 
tapi insan ni pong pernah menjadi seorang Baby jugok suatu maso dahulu...hahah..
(Abang Sedara dio meme pandai bergurau)
.
.
.
.
.
.
.
.
Haa....inilah dia insan yang pernah menjadi baby suatu masa dahulu 
iaitu merangkap Abang Saudara baby Nuqman..hehe
Nampak tak, rambut abang saudara dah same dengan anak saudara die...hehe..
Yeah!! Nuqman, kita bleh jadi geng... ^_^ v

Friday, December 30, 2011

Edit Mengedit

Assalamualaikumm...
 
Baru lepas smayang maghrib nih(pergh siap bagi tau lagi),bukan ape takut yang bace post nih tak smayang lagi,kurang2 terpikir gakkan doh smayang ke dok lagi...

Orait...post kali ini nak imbas kembali saat aku menganggur dulu,banyak gile mase untuk di buang,tak macam skang(orang kata lapang sebelum sempit) hah skang tengah sempit, mase asyik dok lari jer, letih gua mengejar nyer...
Melalut-lalut plak,bukan nak citer terus,oranb kalte royak, 'Keno kagha smula', maksud die kena berbalik pada tajuk asal lah.. mase nganggur dulu, banyak la mase aku untuk main2 benda yang tak de pekdah nih,, iaitu edit gambar2 atau poster2 film letak muke aku.. sebenonye gambar ni dah lama,saje nak membangkitkan semula nostalgia kerajinan aku membuang mase di zaman dahulu kala(mcm lama la sangat) ni antara gambar yang menjadi mangsa..huahua..

 Jangan marah aa Jacky Chan, boring yang bersalah..huohuo..
 
 Huahaha...aku adelah Shah Smith...Hebat tak ambo bertempur?

Perghh...ganaz plak aku rase diri aku nih (poyo skit)

 Ngehehe...lawak giler kot aku tengok gambar nih, adik2 aku tengok gelak guling2 tak henti sampai 3 minggu(pembohong beso), kalu aku tunjuk nih,still blehg gelak lagi adik aku, tp korang tak tau plak nak gelak ke tak..

Yang ni aku pow muke Stephen Chow plak.. malas nak tune warne,tu yang ketara sangat perbezaan tuh (tak pandai ngaku jelah.cehh)

Yang ni aku tak tau kenapa muke aku cm budak2 skolah rendah kena sapu bedak kat mak diorang seblum gi skolah..nampak cute plak...pewwitt!

Cewwah... betul badan aku cam nih, ramai awek tergile-giler kat aku nih, pastu plak aku posing maut punyer, Zila Bakarin pun pengsan nih..wallah!!
 
Ngaa...poyo giler gaya muke aku kat dalam gambo nih... jom kutuk!! haha

 Yeah!! Jadi bintang bola sepak plak (xde kena mengena dengan Film pun yang nih)

 ShahMan muncul kembali,anda pasti terselamat dari pada dahagakan Budu jika anda di luar negara, saya pasti akan menghantarkan dengan segera
(dengan kadar bayaran penghanran yang rendah..hoho)

 Kalau lah betul feshen rambut aku camnih,takyah la aku nak potong selalu
(ops...syukur nikmat tuhan)

 Muka aku pernah rosak ketika dahulu, tapi kini kembali pulih dengan menggunkan minyak 
YuYi Cap Limau..wuhhuu!!! >_<

 Jangan main-main ngan aku, ada setengah-setengah keadaan aku bleh membuat muka garang seperti ini..pasti anda akan rasa gerun.. *_*

Wahai Water

Ayyoo...pehal di pagi jumaat nih?Nak uji keiman insan di pagi hari la nih...

Bermulalah cerito yang xdok berguna pong utk korang yang baco..
Di awal pagi (awal ke?) aku baru bangun dari tidur untuk menunaikan kewajiban seorang hamba untuk menunaikan solat Subuh..

Bilo tubek(keluar) jah dari bilik gerak ke bilik air, pulas punye pulas paip air,bukan air yang keluar, tapi keluar angin..."Apo ko he nyo paip ni?kentut ko apo?bilo nok cirit keluar air pulok?"
Paip di bilik mandi pon kentut, gi pulok ke sinki dapur,pong samo,kentut.."Bakpo pulok? jenis perut kembung sumo nih?"
Pegi puleh paip jamban plak,hah!! keluor pong air,Cepat2!!! sempat basuh siku je pon...air tak kuar jugak..
"Cap ayam punyo paip!!,paling kurang bagi sempat aku mandi kalo xnak bagi air pon!!" Dah puah nunggu mencangkung depan sinki.. "kompem paip ni xde air!!" Nak smayang nih!!

Mako dengan bekalan iman yang masih tebal dalam diri, aku pon mula men'searching' the water untuk menunaikan benda wajib ini...

Akhirnya, aku berjaya menemukan air di tandans cafe BRC, "Tandas pong tandas lar,janj bleh tunaikan yang wajib,harap2 bila nak tunai 'Hajat' jap gi air dah ade ye paip!"
Yang mano nampok ambo berlegar di cafe unimas tadi,anda kena paham,ambo berjogging tu(cover2), jangan salah paham no... =_="

Sekian...

Wednesday, December 28, 2011

Kit Kat Macam-Macam aderr

Kalo sebut pasal kit kat nih,ramai yang kenal..mane tak,ni antara makanan yang sedap(tapi sedap2 pun dah bertahun2 aku tak makan nih)..Kalo kat Malaysia pasti anda tahu ade 2 jenis kit kat yang di jual di pasaran, iaitu kit kat perisa coklat ngan susu..tapi,kali nih, ambo nok tunjuk kat anda-anda kit kat yang di jual kat luar Malaysia,terutamanya negara jepun..jom tengok...heheh

Perisa wasabi, kompem pedas nih.

Soy Souce
Soy Souce bukan ke Kicap? cam ne rasenye yer =_=

Sweet Potato
Cuba bayangkan , cam ne rasenye Kit Kat berperisa Sweet Potato nih..

Purple Sweet Potato
Try google tengok macam mane rupa purple sweet potato nih..

Annin Dofu
Annin Dofu adlah sejenis Chinese Desert

Cheese Cake
Ayakk...perisa pelek antara yang terpelek..silap2 muntah aku..

Perisa Green Tea

Kit Kat yang berperisa pelek...

Tapi kotaknya bleh tahan menarik

Paket plastik kitkat